5 Pekara yang anda perlu tahu sebelum beli Airasia RM399 Unlimited Pass : Cuti-Cuti Malaysia

0

Jika sebelum ini AirAsia ada memperkenalkan AirAsia Unlimited Pass ke destinasi yang dituju oleh AirAsia X sebanyak mana yang anda inginkan selama setahun.

Kini AirAsia memperkenalkan satu lagi langganan untuk cuti-cuti Malaysia iaitu AirAsia Unlimited Pass pada harga RM399 bermula 11 Jun – 13 Jun (3 hari).

Anda boleh rebut peluang ini disini > AirAsia Unlimited Pass

Macam mana nak beli promo terbaru ni?

Sebelum anda nak beli langganan yang terbaru ni, anda perlulah mendaftar sebagai AirAsia BIG Members terlebih dahulu. Setelah anda menjadi member anda boleh terus mendapatkan promo ini di sini > Airasia Unlimited Pass .

Langganan ini boleh digunakan selama 25 Jun 2020 – 31 Mac 2021 dan pembelian tiket hanya sah jika pembelian di buat diatas penama yang berdaftar di bawah AirAsia BIG Members.

Adakah semua tiket percuma dan tidak memerlukan sebarang bayaran?

Semua tiket adalah 100% percuma akan tetapi anda masih perlu membuat bayaran untuk cukai dan caj kerajaan dan tambahan barangan seperti makanan, bagasi dan sebagainya.

Hanya tiket yang akan diberikan 100% percuma.

Setelah anda membeli langganan AirAsia Unlimited Pass, anda boleh terus melakukan pembelian dengan menggunakan PROMO CODE yang diberikan oleh pihak AirAsia dan setiap pembelian tiket perlulah menggunakan PROMO CODE yang baru.

PROMO CODE ini boleh didapatkan dibahagian dashboard anda di bahagian “My Purchases” dan klik pada AirAsia Unlimited Pass untuk dapatkan Promo code. Lihat contoh gambar di atas.

Adakah AirAsia Unlimited Pass boleh digunakan pada bila-bila masa?

Jawapannya tidak! Agak sedikit mengecewakan tetapi itulah dia. Tidak semua penerbangan boleh dibeli menggunakan pakej ini, hanya pada tarikh-tarikh tertentu sahaja ia boleh digunakan pakai.

contohnya ia boleh digunakan semasa ada promosi tiket pada Tarikh tertentu yang diberikan oleh Pihak AirAsia.

Walau bagaimanapun, ianya masih boleh dikatakan berbaloi kerana pada harga RM399 anda boleh melancong ke 16 negeri di dalam Malaysia, it is kinda big deal! Anda Cuma perlu pandai merancang perjalanan anda untuk betul-betul menikmati promosi ini.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Secara amnya, seperti yang kita tahu pembelian tiket penerbangan sudah boleh dibeli untuk penerbangan ke 16 destinasi bermula 25 Jun 2020 – 31 Mac 2020 tetapi diingatkan tidak semua penerbangan boleh menggunakan pass ini, ia bergantung kepada pihak AirAsia sendiri.

Anda boleh menggunakan promo ini untuk 16 destinasi penerbangan pesawat AK iaitu:-

  1. Kuala Lumpur
  2. Alor Setar
  3. Langkawi
  4. Penang
  5. Kota Bahru
  6. Ipoh
  7. Terengganu
  8. Johor Bahru
  9. Kota Kinabalu
  10. Miri
  11. Kuching
  12. Tawau
  13. Sandakan
  14. Sibu
  15. Bintulu
  16. Labuan

Anda boleh melakukan penerbangan sekerap manapun yang anda inginkan selagi tempoh promo masih belum tamat dan dengan perancangan yang betul tentu anda boleh menikmati pelancongan dalam negara dengan lebih jimat menggunakan pakej AirAsia Unlimited Pass ini!

Penjadualan semula penerbangan? Atau terlepas Penerbangan?

AirAsia Unlimited Pass tidak boleh dipindah milik dan dikembalikan setelah dibeli. Jika anda telah membeli tiket menggunakan pass ini sebarang pengubahan terhadap tiket adalah tidak dibenarkan, seperti penjadualan semula atau pengembalian wang kerana anda tidak dapat terbang pada hari tersebut.

Menurut T&C AirAsia, jika penerbangan anda dibatalkan, ditamatkan, dialihkan, ditunda, dijadualkan semula atau ditunda sebelum anda sampai ke destinasi terakhir, AirAsia mengikut budi bicaranya akan membawa anda ke penerbangan AirAsia yang tersedia seterusnya tanpa sebarang bayaran atau mengembalikan wang bagasi, makanan atau pilihan tempat duduk yang dibeli dan caj lapangan terbang atau cukai yang dibayar.

Tetapi jika anda tidak datang pada hari penerbangan anda, AirAsia hanya akan mengembalikan caj dan cukai lapangan terbang.

Dan ingin kami ingatkan, anda hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja untuk tidak datang setelah membeli tiket penerbangan. Jika anda telah melebihi had ini, AirAsia mempunyai hak untuk membatalkan AirAsia Unlimited Pass anda!

Bagi saya ini adalah win-win situation bagi kedua-dua pihak. Samada untuk AirAsia mahupun pengguna. Syarat-syarat yang ditentukan walaupun sedikit ketat tetapi masih boleh memberi ruang kepada pengguna untuk merasai penerbangan dalam negara pada harga yang jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *