28 Cara Merawat Sakit lutut dengan Ubat Sakit Lutut Semulajadi 2020

0

Tangani Sakit Lutut dengan 28 cara ini

Sakit lutut ialah sakit yang biasa berlaku disebabkan oleh sendi lutut yang haus dan lusuh. Sakit lutut boleh jadi sakit setempat atau di seluruh kawasan lutut.

Terdapat banyak cara untuk merawat sakit lutut. Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut. Rawatan sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan di rumah seperti, rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah dan juga melibatkan pembedahan.

Jika sakit adalah disebabkan oleh keradangan,artritis atau kecederaan minor, terdapat beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja.

Namun begitu, jika kesakitan adalah teruk atau disebabkan kecederaan serius, dapatkan nasihat pakar perubatan kerana beberapa jenis sakit lutut memerlukan rawatan hospital. Mari kita lihat cara-cara rawatan yang melibatkan sakit lutut :

Halia

Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat antiradang di dalamnya.

Caranya ialah hancurkan satu kepingan kecil halia, masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon.

Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang. Kajian tentang artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan secara kombinasi bersama dengan rawatan prekripsi.

Cuka Epal Cider

Disebabkan sifat alkalinya, cuka epal cider boleh membantu untuk melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut.

Ia juga memulihkan pelincir untuk mengurangkan sakit dan menggalakkan pergerakan. Caranya ialah campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis.

Hirup campuran ini sepanjang hari . Minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.

Kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat antiradang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit.

Kunyit juga boleh memperlahan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut. Caranya ialah campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air .

Didihkan selama 10 minit. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.

Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga punca kepada beberapa jenis artritis.

Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas. Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang.

Minyak Biji Sawi

Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan , membaiki peredaran darah dan mengurangkan sakit. Caranya ialah panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi.

Kemudian, goreng seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi.

Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.

Garam Epsom

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut.

Caranya ialah tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan kacau sebati.

Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit. Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega.

Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut.

Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis. Caranya ialah campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin bersama-sama.

Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.

Ektrak Kulit Kayu Willow

Ekstrak Kulit Kayu Willow didapati berkesan untuk melegakan kesakitan akibat artritis. Ekstrak ini biasanya digunakan oleh ahli herba untuk merawat demam , kesakitan dan keradangan.

Minyak Herba

Kajian juga mendapati salap yang diperbuat daripada kayu manis, halia, mastik dan minyak bijan adalah berkesan sama seperti krim artritis yang mengandungi salisilat iaitu rawatan yang biasa untuk sakit lutut .

Senaman

Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit , meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan boleh membantu anda kelihatan lebih baik.

Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami artritis, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi menjadi kejang .

Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. Senaman yang bagus bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Pastikan anda melakukan pemanasan badan sebelum senaman dan menyejukkan badan selepas senaman . Elakkan senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.

Mengekalkan Berat Badan Unggul

Ini merupakan ubat yang paling baik . Kekalkan berat yang sihat dan hilangkan berat jika perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, menghilangkan 5 % daripada berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.

Berehat dan Bersantai

Aktiviti fizikal adalah penting, tetapi berehat dan bersantai juga penting untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan.

Capailah keseimbangan dalam hidup dengan mempelajari teknik melegakan stres seperti pernafasan dalam dan meditasi. Cukup Tidur Tidur yang cukup diperlukan untuk kesihatan menyeluruh .

Jika anda mengalami masalah tidur , berjumpalah dengan doktor anda. Pengurusan sakit yang betul boleh membantu anda untuk tidur dengan nyenyak.

Terapi Panas atau Sejuk

Menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut anda apabila berbaring boleh membantu untuk membuatkan sendi menjadi kendur.

Pek panas membantu untuk menenangkan otot dan meningkatkan peredaran. Terapi pek sejuk pula mengurangkan sakit dan bengkak. Caranya ialah membalut pek gel yang sejuk di sekeliling lutut.

Terapi Fizikal dan Terapi Cara kerja

Ahli terapi fizikal boleh bekerjasama dengan anda untuk membuat program senaman peribadi dan menunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan urutan terapeutik .

Ahli terapi carakerja pula boleh memperkenalkan anda kepada semua jenis alatan berguna seperti kerusi yang dinaikkan atau ketinggian tempat duduk tandas.

Alat Bantu

Anda boleh melindungi lutut anda dengan menggunakan tongkat atau alat bantuan berjalan untuk memastikan anda tidak meletakkan lebih tekanan pada lutut.

Satu alat bantu yang dipanggil selitan kasut juga direka khas untuk menyokong , menyebariskan dan membaiki fungsi kaki anda. Hasilnya, ia akan mengurangkan tekanan pada lutut.

Pendakap

Jenis pendakap yang berbeza boleh membantu mengurangkan sakit lutut dan membaiki fungsi dan pergerakan lutut. Pendakap ‘sokong’ menyokong seluruh beban pada lutut dan pendakap ‘pemunggah’ menyokong berat pada satu sisi apabila hanya satu sisi lutut yan lain rosak.

Pengelakkan

Terdapat aktiviti tertentu yang perlu dielakkan termasuklah menaiki tangga secara berlebihan.

Sukan yang berat seperti berjoging , aerobik, stres yang memberi kesan teruk, bengkokkan atau melutut yang lama dan melampau, mengangkat atau menolak objek berat , duduk di atas permukaan kerusi yang rendah.

Apabila pengelakkan tidak dapat dilakukan , cuba lakukan aktiviti tersebut berselang-seli dengan rehat , jadi sendi anda tidak mendapat tekanan daripada aktiviti yang berulang-ulang secara berterusan.

Kesihatan Mental

Bercakaplah tentang perasaan anda dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Lakukan latihan mental seperti meditasi dan berfikiran positif, melibatkan diri dalam kumpulan sokongan boleh membantu anda menguruskan sakit lutut anda dengan lebih baik.

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan bengkak dalam sendi artritis dalam beberapa cara.

Ahli terapi selalu menggunakan elektrorangsangan transkutan yang mana elektrod diletakkan di sekeliling sendi yang terlibat dan menghantar nadi elektromagnetik melalui kulit.

Cara ini boleh melegakan sakit untuk jangka masa pendek dan memudahkan pererakan sendi yang keras.

Tai Chi

Tai Chi ialah satu bentuk senaman minda dan badan orang China lama. Ia membaiki keseimbangan dan kefleksibelan. Kajian mendapati mengamalkan tai chi terutamanya bermanfaat untuk mereka yang mempunyai osteoartritis.

Tai chi boleh mengurangkan kesakitan dan meningkatkan pelbagai pergerakan .Disiplin mental yang diajar dalam Tai chi boleh membantu untuk mengatasi kesakitan kronik.

Akupuntur

Akupuntur ialah satu cara rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu pada badan anda.

Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu melegakan sakit lutut yang disebabkan oleh osteoartritis.

Glukosamin Sulfat dan Kondroitin Sulfat

Kajian terdahulu mendapati bahawa kombinasi kedua-dua makanan tambahan ini mempunyai kesan minima pada sakit lutut. Namun begitu , kajian terbaharu mendapati ia tidak berkesan .

Maka ia patut diambil salah satu sahaja. Kedua-dua makanan tambahan ini mempunyai manfaat bagi mereka yang mempunyai sakit yang teruk.

Pesakit yang mengambil 1500 mg Glukosamin Sulfat sekali sehari menyebabkan penyerapan lebih baik di dalam badan. Namun begitu , harus diingatkan glukosamina jenis glukosamina hidroksida adalah tidak sesuai digunakan.

Bagi Kondroitin Sulfat pula , hendaklah diambil 800-1200 mg sehari . Kondroitin Sulfat tidak mempunyai kesan sampingan.

Krim Kapsaisin

Beberapa ubatan boleh didapati di farmasi dan hospital untuk melegakan kesakitan artritis. Contohnya , krim kapsaisin boleh digunakan untuk melegakan sakit osteoartritis.

Ia diperbuat daripada lada (capsicum). Krim ini pada mulanya merangsang sakit tetapi kemudiannya menurunkan rasa sakit dalam lutut. Krim ini disapu 3 kali sehari . Ia digunakan terutamanya untuk osteoartritis lutut dan tangan.

Ubatan Dadah

Rawatan perubatan yang menggunakan ubat makan adalah biasa digunakan untuk merawat simptom osteoartritis.

Pilihan pertama biasanya ubatan dadah yang boleh didapati di hospital ataupun farmasi seperti acetaminofen . Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubatan tersebut.

Suntikan

Penyakit artritis yang berterusan mungkin memerlukan suntikan . Pilihan yang boleh didapati ialah kortikosteroid yang boleh digunakan sehingga 2 atau 3 kali setahun untuk melegakan sakit yang teruk .

Asid hyaluronik pula boleh membantu untuk menambahkan bahan pelinciran dalam lutut. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor tentang manfaat dan risiko rawatan suntikan bagi sakit lutut.

Asid hyaluronik digunakan untuk melegakan sakit lutut secara sementara. Anestetik mungkin disuntik dengan ubat kortikosteroid antiradang (biasanya kortison) untuk membuat lutut rasa kebas dan menghindari sakit.

Pembedahan

Mungkin ini ialah jalan terakhir bagi mereka yang menghidap osteoartritis yang teruk. Jika simptom osteoartritis mengganggu kehidupan harian anda dan tidak boleh bertindak balas dengan rawatan yang biasa , pembedahan adalah diperlukan. Prosedur artroskopik atau penggantian lutut mungkin akan dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *