19 Cara Rawati Sakit Resdung Secara Semulajadi 2020

0

Ubat Resdung Semula Jadi 2020

Keradangan dan keresahan hidung yang dikenali sebagai jangkitan resdung boleh mempunyai pelbagai punca termasuk alergen bawaan udara dalam dan luar , sistem imunisasi yang lemah serta faktor pemakanan seperti produk tenusu , gluten dan bahan tambahan tiruan.

Perubatan moden bagi merawat jangkitan resdung adalah dengan antibiotik steroid , perubatan antiradang dan dalam beberapa kes melibatkan pembedahan. Kebanyakan cara rawatan tersebut boleh memudaratkan .

Mari kita ikuti panduan rawatan semula jadi yang berkesan untuk menyembuhkan jangkitan resdung secara semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya wujud di rumah. Pastinya ubatan semula jadi ini tidak memberi kesan sampingan yang bahaya.

1. Kekal Terhidrat

Minum banyak air, jus tanpa gula, sup kosong dan teh panas. Cecair ini membantu untuk menipiskan mukus dan membantu untuk menghilangkan gangguan resdung.

Elakkan minum alkohol, kafein dan minuman bergula serta merokok. Kesemua bahan ini akan menyahhidrat sistem anda , menyebabkan mukus menebal dan menutup lubang udara yang sudah tersumbat.

stim untuk ubat sakit resdung

2. Penyedutan Stim

Mukus tebal boleh dipecahkan dengan meletakkan beberapa titik minyak kayu putih atau minyak pepermin dalam air panas.

Letakkan muka anda di atas wap air panas dengan sehelai tuala diletakkan menutupi belakang kepala anda dan sedutlah wap panas tersebut.

3. Bilasan Air Masin

Jika anda mendapat jangkitan sinus, pasti anda mahu mendapatkan neti pot . Alatan kecil yang berguna ini memudahkan untuk mencuci rongga hidung , mengeluarkan mukus yang tidak diperlukan dan sebarang bahan pencemar yang disedut yang mungkin terperangkap di situ. Gunakan neti pot 2 kali sehari untuk kelegaan maksimum.

4. Ekstrak Biji Limau Gedang

Ekstrak biji limau gedang ialah antibiotik semula jadi yang dibuat daripada biji dan pulpa limau gedang kering yang dikisar menjadi serbuk halus.

Apabila dibuat dalam bentuk semburan hidung , ia membantu untuk menghilangkan mukus dan boleh menghalang bahan pencemar mikrob yang lain daripada mengambil ruang dalam tisu resdung yang lemah dan resdung yang sedang serius.

5. Kunyit dan Halia

Kunyit bukan sahaja mempunyai kurkumin iaitu antiradang semula jadi , rempah ini juga merupakan antioksida.

Apabila digabungkan dengan halia dan direndam untuk teh panas , kombinasi ini boleh melonggarkan mukus daripada laluan hidung yang tersumbat , mengurangkan tekanan resdung dan membuatkan anda rasa lebih lega.

Halia juga boleh menenangkan sakit perut iaitu kesan sampingan yang kerap bagi penyaliran resdung berlebihan pada waktu malam.

6. Cuka Epal Cider

Cuka epal cider ialah bahan semula jadi yang hebat dengan banyak faedah untuk kesihatan. Ia mengandungi sifat antimikrob yang berkesan untuk membunuh sebarang bakteria dan mikrob perosak yang boleh terdapat di usus dan rongga hidung.

Pada masa yang sama, ia juga merangsang dan menambahkan banyak bekalan bakteria baik yang diperlukan dalam kawasan ini.

Cuka dalam cuka epal cider juga memecahkan mukus yang sesak dan menyediakan kelegaan berkesan daripada hidung tersumbat . Kandungan potasium pula mengeringkan hidung berair.

Cara pengambilannya ialah campurkan 2-3 sudu besar cuka epal cider mentah yang ditapis ke dalam secawan air panas atau teh. Campurkan dengan lemon dan madu . Ambil larutan ini 3 kali sehari akan menipiskan mukus yang berlebihan , melegakan kesesakan dan tekanan resdung.

bawang putih untuk ubat sakit resdung

7. Bawang Putih

Bawang putih ialah salah satu antibiotik semula jadi yang terbaik dan ubatan rumah untuk merawat jangkitan resdung.

Bawang putih mengandungi allicin, suatu bahan antivirus, antibakteria dan antikulat yang semula jadi. Sebarang jangkitan dalam rongga hidung, bawang putih akan membersihkannya dengan cepat.

Caranya ialah makan 2-3 labu bawang putih segar sama ada dipotong kecil dan makan bersama dengan air atau tumbuk bawang putih kemudian tambahkan dalam minuman. Anda juga harus menggunakan bawang putih di dalam masakan.

8. Kayu Manis

Kayu manis digunakan untuk merawat kesesakan hidung dan sakit tekak. Bahan kimia dalam kayu manis boleh membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan resdung serta mengurangkan keradangan dalam rongga hidung.

Kayu manis juga boleh memecah dan mengeluarkan mukus. Caranya ialah campurkan ½ -1 sudu teh kayu manis dengan 1 sudu teh madu dalam segelas air suam dan minum.

9. Bawang Besar dan Lobak Kuda

Kedua-duanya mempunyai kandungan sulfur yang tinggi dan mengandungi sifat antibiotik, antihistamin dan antiradang yang kuat. Anda boleh masukkan kedua-dua bahan ini ke dalam sup atau cincang bawang besar dan letakkan pada lubang hidung.

Tarik nafas yang dalam dan hidung akan berasa bersih serta lega dalam beberapa minit sahaja.

10. Serbuk Cayenne

Serbuk cayenne berkesan untuk membersih dan melapangkan lubang hidung dengan cepat serta mengurangkan sakit dan keradangan resdung. Serbuk cayenne dikatakan ubat penghilang kesakitan semula jadi.

Caranya, masukkan serbuk cayenne sebanyak mungkin dalam masakan. Anda juga boleh mengambil kapsul serbuk cayenne.

11. Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Zink dan Asid Lemak Perlu

Semua zat makanan ini adalah ubat semula jadi yang kuat bagi jangkitan resdung.

Zat-zat makanan tersebut mengurangkan sebarang keradangan dalam badan serta merangsang sistem imunisasi yang penting untuk merawat dan menghalang resdung .

Jadi, anda bolehlah mendapatkan multi-vitamin dan mineral yang mengandungi zat makanan di atas atau boleh juga membelinya secara berasingan .

Anda juga harus memastikan makan banyak telur (Vitamin A dan zink), biji labu ( zink) , lada dan kailan (Vitamin C) dan cahaya matahari (Vitamin D ).

12. Minyak Oregano

Minyak oregano mempunyai sifat antibiotik, antivirus dan antikulat apabila diambil secara dalaman . Pengambilannya pada setiap hari memberikan kesan positif ke atas kesihatan.

Ia juga digunakan secara biasa untuk melawan penyakit lepuh sejuk, kulat kuku dan kelemumur. Cara pengambilannya ialah masukkan beberapa titik minyak oregano ke dalam secawan jus, air atau teh dan minum pada setiap hari.

13. Menghindarkan Alergen Bawaan Udara Dalaman

Habuk , kulat dan debunga ialah perengsa bawaan udara paling biasa yang menyebabkan keradangan resdung dan sesak hidung. Penyelesaian paling mudah untuk masalah ini ialah meningkatkan penapis udara anda.

Pastikan juga mengganti penapis udara sekurang- kurangya sekali sebulan. Pastikan haiwan peliharaan berada di luar rumah atau sekurang- kurangya pastikan haiwan peliharaan tersebut mandi atau diberus selalu.

Vakum sekurang- kurangya sekali seminggu jika terdapat haiwan peliharaan di dalam rumah. Kadang-kadang alergen dalaman menghalang saluran udara. Letakkan fabrik cis di luar bolong udara untuk bertindak sebagai penapis .

Dapatkan pembersih udara untuk bilik-bilik anda . Alatan ini mengedar udara dalam bilik melalui penapis udara berzarah kecekapan tinggi dan bertindak sebagai suatu pengion untuk menghilangkan alergen paling biasa.

Sebagai alternatif, anda boleh gunakan penapis arang teraktif untuk membersihkan udara dalam rumah atau dapatkan satu lampu garam Himalaya. Lampu tersebut boleh mengurangkan alergen dan bahan pencemar udara dalaman.

udara untuk ubat sakit resdung

14. Menghindarkan Alergen Bawaan Udara Luaran

Debunga, asbut dan ekzos kereta ialah beberapa perengsa luaran yang biasa. Pertimbangkan untuk memakai topeng supaya tidak menghalang laluan udara anda.

Memandu dengan menutup tingkap dan pasang sistem pengudaraan kereta agar udara beredar dengan baik. Jadi anda tidak membawa alergen daripada persekitaran luar masuk ke dalam kereta.

15. Mengelakkan Makanan Tertentu

Alahan dan sensitiviti kepada gluten, produk tenusu dan gula boleh menyebabkan jangkitan resdung. Jika anda mengalami masalah resdung yang kerap, cuba hapuskan makanan ini daripada pemakanan anda.

16. Probiotik

Berdasarkan perubatan orang cina , jangkitan resdung dan alahan bermusim ialah hampir selalu berkaitan dengan masalah usus dan perut. Ini adalah logik kerana 80% daripada sistem imunisasi anda terletak dalam sistem penghadaman. Probiotik berfaedah mengurangkan bakteria patogen dalam rongga hidung.

Probiotik yang merupakan makanan tambahan yang boleh didapati di kaunter ubat ini perlu diambil setiap hari mengikut arahan pada botol. Selain itu, anda perlu mula membuat dan menapai sendiri makanan yang kaya probiotik seperti miso, tempe dan jeruk kobis.

Makanan –makanan hebat ini menyediakan banyak pilihan untuk probiotik penting yang badan anda perlukan setiap hari termasuklah merawat dan menghalang resdung.

Jika anda mempunyai masalah resdung sekarang dan mahu kelegaan cepat, anda bolehlah membuka kapsul probiotik . Dengan menggunakan jari yang bersih, baring dan secara perlahan-lahan, letakkan isi kandungan kapsul secara terus ke dalam lubang hidung .

Sebagai alternatif, masukkan isi kandungan kapsul probiotik ke dalam neti pot yang mengandungi sedikit air bertapis yang panas dan sedikit soda penaik. Tuangkan terus ke dalam rongga hidung .

Jika anda tidak selesa dan bagi kanak-kanak , bolehlah menggunakan penitis mata atau botol semburan hidung . Semburkan 2-3 kali ke dalam setiap lubang hidung. Lakukan salah satu daripada cara-cara di atas sebelum tidur.

17. Ekstrak Daun Zaitun

Ekstrak daun zaitun mungkin merupakan pemusnah patogen dan bakteria yang paling hebat. Kemujaraban ubat ini untuk membuang benda asing yang lemah juga amat mengagumkan.

Ekstrak daun zaitun juga ialah agen antiradang yang kuat dan penggalak imun yang kuat. Hakikatnya, ekstrak daun zaitun berkesan bagi banyak keadaan kesihatan.

Cara terbaik untuk mengambil ekstrak daun zaitun ini ialah mengikuti kitaran ‘membersih’ iaitu dengan 3 bulan makan, 3 bulan tidak makan . Untuk sukatannya, ambillah cadangan jumlah yang maksimum yang disenaraikan pada botol untuk kesan dan khasiat maksimum.

18. Colloidal Silver (Perak Koloid)

Colloidal silver ialah satu lagi penghapus virus, bakteria dan kulat yang berkesan. Ia sebenarnya salah satu daripada ubatan rumah paling popular untuk jangkitan resdung kerana keberkesanannya.

Jika anda mengalami selsema atau virus flu seiring dengan jangkitan resdung, colloidal silver yang digabungkan dengan ekstrak daun zaitun akan menghilangkan virus setelah beberapa jam diambil.

Cara pengambilannya ialah campurkan 1 sudu teh colloidal silver yang berkekuatan tinggi dengan segelas air bertapis. Lakukan 5-7 kali sehari selama 3 minggu.

19. Hidrogen Peroksida

Hidrogen Peroksida boleh melegakan keradangan, sakit dan kesesakan hidung. Disebabkan ia merupakan agen antibakteria yang hebat, ia boleh menghilangkan jangkitan dengan cepat.

Caranya , campurkan 4 bahagian air bertapis dengan 1 bahagian hidrogen peroksida 3%. Masukkan campuran ke dalam botol semburan hidung atau neti pot dan lakukan rawatan 3-4 kali sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *